Tuesday, 29 January 2013

Kelebihan Surah At-Taubah (ayat 128-129)

Bismillahirrahmanirrahim..

Barangsiapa yg membaca ayat ini dengan izin Allah maka tidaklah ia binasa oleh senjata tajam dan mati kecuali terlupa membacanya atau telah tiba ajalnya..Hendaklah diamalkan bacaannya sebanyak 3x,9x,11x atau dlm bilangan ganjil selepas menunaikan solat fardu.


 
Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5. Ayat ini juga untuk pengasih.

6. Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ni, tak boleh nak ingat, padahal hari-hari kita baca. Itu tandanya…ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.

Thursday, 24 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Hari ini kawasan kejiranan saya menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, perarakan, dan bacaan yaasin serta jamuan. Seronok juga menyertai aktiviti sebegini...uiiiii dpt kenal ngan makcik2...ramai je makcik2 yg tgh mencari calon menantu...uiiii..

Ini saja lah gambar yg sy sempat amek...:-)


YB Hj Che Hasem sedang memberi ucapan..kih3



Sebelum ceramah bermula, snap dulu..hehe



Perarakan bermula menuju ke destinasi yg ditetapkan

Jiran wanita yang menyertai perarakan maulud

Penat berarak, makan le dulu...tuan rumah wat laksa kelate..sedaaaap!!



Bacaan Yaasin secara berjemaah


Calon menantu rebutan ramai...uiiiiiii...gurau je k.


Dah selesai majlis, balik umah naik keta..penat nak berarak..jauh jg la..hehe


Uols sambut maulud camna plak? Mesti meriah kan?? Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad ni perbanyakkanlah selawat, dapat pahala...Kalau rajin, bacalah sirah nabi..saya yakin anda akan tertarik dengan latar belakang kehidupan kekasih Allah ini.


Monday, 21 January 2013

Arabic Eye Makeup (pink+black)

Yang ni pula solekan mata arab menggunakan warna pink+hitam...Tak reti nak wat heavy mcm dlm video tutorial...Kalau wat heavy, I will look like a witch..hahaha!!


Ok makeup lover, ni link utk tutorial mekap mata camni...ada perbezaan la skit~

Arabic Eye Makeup ( light yellow+gold+black+taupe )

Dah lama x wat mekap ala-ala arab....

How does it looks??





Ni gambar yg diambil menggunakan flash..



Saya ikut ja apa yg orang tunjuk kat dalam Youtube...heheh..Nice try, huh??

Why don't you try it yourself? Here is the link..






Monday, 14 January 2013

Terkena Minyak Panas

Bismillahirrahmanirrahim...

Tersangatlah sakit kalau kena percikan minyak panas kat kulit. Minggu lepas cuba menggoreng keropok lekor..Kacau keropok ganas sgt, minyak panas tu memercik ke atas tangan..Memula buat tak tahu je sbb dah biasa kena kann...Tapi lepas bbp hari, tinggal parut hitam plak..Mcm birth-mark gitu...Ok, menggelabah laa sbb x pernah tinggal parut hitam camtu kalau terkena minyak panas..

Saya teringat kat losyen Felinna Inchloss. Jadi saya sapu sedikit losyen tu ke atas kesan parut hitam tu..Agak pedih la..2, 3 hari lepas tu parut tu jadi macam kulit mati dan menggelupas seperti gambar kat bwh ni...heheh..Alhamdulillah, parut hitam/kulit mati akibat minyak panas tu dah tanggal...Dah dapat balik kulit asal yang baru dan sihat..

*Selain untuk buang lemak, Felinna Inchloss jga berkesan utk merawat kulit yg melecur kecil mcm yg sy alami tu..Ooooo baru tau...heheh :-)


Friday, 11 January 2013

How To Blend Eyeshadow Like A Pro?

Tutorial mekap dari jurusolek omputih mmg terbaik dan superb!!! Mereka mmg tak kedekut ilmu langsung! Ehmm..kalau kat tmpt kita, apb tanya pasal cara atau tips nak mekap, mmg berat mulut nak gtau...kalau gtau pun, mesti jwpn cmni --> "ala, mekap camtu je...biasa-biasa je..conteng2..." THAT WAS SO ANNOYING!!! 

Ibarat cm kalau ada orang tanya, "Apa bahan-bahan nak buat resepi masakan sekian-sekian?" Dijawab "Alaaa...masak campak-campak camtu je...@ Alaaa guna bahan-bahan biasa je.." 

#$%%^&*(*%$#@@.........

Geram nak jawab balik...

"Aku campak selipar jepun, tak jadi kek coklat pun????"

********************

Wahai orang-orang yang berilmu, orang-orang yang mempunyai lebihan pengetahuan, apabila ditanya mengenai bahan-bahan ataupun cara-cara untuk melakukan sesuatu, you should describe it clear and concise. Make it short. Itu sudah memadai.

TAHNIAH kpd anda yang suka berkongsi ilmu pengetahuan/kemahiran tanpa rasa jemu. Saya doakan semoga Allah murahkan rezeki anda dan Allah jauhkan sifat riak, ujub, takbur dalam diri anda....Ilmu, kepandaian, rezeki, semuanya datang drp Allah. Perkongsian ilmu anda dapat menambahkan pengetahuan kpd orang lain yang sgt memerlukannya.

****************************

Membebel.
Lari drp tajuk utama.

Saya sebenarnya nak kongsi video cara nak blend eyeshadow dgn mudah, betul dan menarik.


Tgk la yer...:-) Bukan saya, tapi minah saleh...hehe.


http://www.youtube.com/watch?v=LePss1CUG40

klik link kat atas tu..

Thursday, 10 January 2013

Teknik Gam Bulu Kening (Part V)

Bismillahirrahmanirrahim...


Seterusnya, blend hujung depan bulu kening untuk nipiskan garisan kasar dengan menggunakan berus kening yang mcm maskara...wajib blend to soften any harsh line...blend ke luar, bukan ke dalam tau! Ini penting untuk kening nampak lebih natural dan tak nampak pelik..hehehe..





Ok then, selepas siap ejas kening, uols touch up laaa balik eyeshadow yg dah comot tu...heheh gunakan blender brush...blend lembut2 je...Pastu bubuh la highlight kat tulang kening tu dgn silver eyeshadow/ricepaper eyeshadow..or any color uols usually use as a highlight.



Alhamdulillah...Dah siap pun...Inilah hasilnya yang tak seberapa...


******************************************************************
Selamat mencuba ya syg2...Kalau kening sebelah x menjadi, cuba laa kening yang sebelah lg..heheh...Yang penting jgn mudah putus asa. Remember, it's only MAKEUP...Segala kekurangan datangnya dari diri saya sendiri. Saya harap tutorial ni dpt membantu uolss...Papai~~


Teknik Gam Bulu Kening (Part IV)

Bismillahirrahmanirrahim...


Langkah seterusnya lukis satu garisan di bahagian atas kening pula. Hasilnya uols akan dapat dua garisan selari tapi ada ekorrrr (winged)..heheheh :-)





Seterusnya, fill in kening dengan Naturactor Meiko 153....Takkan nak tinggal kosong camtu kan..Let's coloring!!





Tips dari saya, buat satu garisan warna hitam di bahagian bawah kening. Gunakan gel eyeliner hitam. Begitu juga di bahagian ekor kening. Letakkan sedikit gel eyeliner untuk memberi efek runcing. Saya suka teknik ni sebab it would help to define our eyebrows...and yeahhh its amazing!





Selepas siap warnakan kening, gunakan maskara kening yg berwarna coklat muda untuk hasilkan ilusi kening yang cantik. Maskara tu sapu kat kening yang tak kena gam yer!! Dah jadi trend kita skang kening nak warna cerah-cerah...Light brown is the best one..This is eyebrow mascara code 02 by Sivanna.




Teknik Gam Bulu Kening (Part III)

Bismillahirrahmanirrahim...

Ok, This is the hardest part..Tapi takpe la sbb kita sama-sama nak belajar @ pun baru kali pertama nak mencuba kan..Saya cuma bagi panduan, ntah-ntah pasni uols lagi terer dari saya..Wallaa..:-)

Langkah seterusnya, lepas dah lapiskan dgn bedak Miyami, lukis satu garisan di bahagian bawah kening tersebut dgn menggunakan Naturactor Meiko Code 153 & Angled Brush..

 Naturactor Meiko 153 (Very Dark Brown/Negro)


Teknik Gam Bulu Kening (Part II)

Bismillahirrahmanirrahim...

Langkah pertama, gamkan lebihan/bahagian kening yang ingin disorokkan. Saya guna non-stick glue..Murah je..RM1.50...nak guna gam bulu mata palsu pun boleh...mmg sgt2 melekat la..tapi utk tutorial ni saya guna non-stick saja lahh..:-) Tunggu sehingga gam itu benar-benar kering.



Langkah kedua, lapiskan dengan Naturactor Meiko Code 151 di atas bahagian gam yg telah kering tu. Sapu secara perlahan-lahan, jangan gelojoh nanti comot pula gam tu...Sapu dan dap dap dap...Kening yang nak disorok tu masih ada lagi skit2 kan???


Saya x puas hati sebab kening tu nampak lagi skit2...Jadi saya layer sekali lagi dengan gam, dan layer pula dgn Naturactor Meiko Code 151...Kemudian saya tutup dengan bedak compact Miyami...And here it is..The unwanted brow is gone!! :-)


Teknik Gam Bulu Kening (Part I)

Salam Sejahtera.

Teknik gam bulu kening. Teknik yg popular di kalangan MUA untuk sorokkan lebihan kening / kening yg tebal....TANPA MENCUKUR/MENCABUT bulu kening...Menarik kan??? Saya dah jemu sorok kening dengan foundation+concealer+compact powder...Saya nak guna Naturactor Meiko (153) untuk bentukkan kening saya...Hahhh?? Meiko?? Pernah dibuat orang ke??? Bukan ke tu untuk buat shading hidung ngan pipi je??? Haaa...uolss kena tgk tutorial ni smpai habis ya...ada byk part..:-)

Apa yang uols perlu ada:
1. Glue stick (non-stick) / Gam bulu mata palsu...mana2 je la..
2. Naturactor Meiko Code 153 (Dark Brown/Negro)
3. Naturactor Meiko Code 151...xda dlm gmbr..hehe
4. Bedak Miyami (Light)
5. Gel Eyeliner (Black)
6. Angled Brush (Paling pentingggggg!!)
7. Eyebrow Brush




Kening saya tak tebal, jdi senang untuk saya bentukkannya...Biasanya saya hanya menggunakan pensil kening yang mata pensilnya seperti pensil untuk menulis khat..Very easy to apply!! Ok, ni kening asal sebelum diletakkan gam....




Wednesday, 9 January 2013

Tutorial Tudung Delisha Radiusite

Salam Sejahtera.

Saya nak kongsi cara pemakaian tudung Delisha mengikut citarasa saya sendiri..heheh
Barang yang diperlukan: Tudung & Inner Delisha + 2 batang jarum peniti

Tudung ni sgt istimewa sbb ada butang kat inner dan lubang penyangkut kat tudung...Dah x payah susah2 nak pin bagai tudung tu..hanya sangkut sj...:-)

Ok..Pertama sekali pakailah inner tu..

1. Pakai inner

Lepas tu pakai tudung Delisha..Part ni mmg susah skit sebab jarak lubang kt tudung tu x sama dgn diameter kat inner...Jadi uolss adjust laa cmna pun sampailahhh kedua-dua lubang kat tudung tu dapat disangkut kat inner..Good Luck!! :-)

2. Sangkut tudung kat butang di inner

Orait..Bila tudung tu dah ok, uols pun puas hati dan selesa, kemudian uols bawakan bahagian kanan tudung ke sebelah kiri...Maknanya bawa semua bahagian kanan duk kat depan sebelah kiri...Yang ni ikut keselesaan uols tau...uols biasa belit tudung guna belah kiri ke kanan? Mine is left.

 3. Bawa kesemua bahagian kanan tudung ke kiri (letak kat depan). Kalau uols biasa belah kanan, ambil bahagian kiri tudung letak di kanan.



Kemudian, ambil bahagian yang dekat dengan leher...ambil banyak yer...sebab nanti nak bawa ke atas kepala untuk dijadikan hoodie...:-)

Bahagian kanan tudung di bawa ke kiri (depan)

Bahagian kiri tudung dibawa ke kanan (depan)....Ok, saya nak cuba yang ni!

4. Tarik tudung kat bhgian dlm (dkt leher). Adjust laa uols nak labuh depan belakang sampai mana..



Selepas tu, uols bawa bahagian tadi ke atas kepala...Kat sini uols kena guna kreativiti sendiri...Adjust sampai uols rasa selesa, tak jerut leher, tudung tutup dada, kat belakang pun ok...

5. Buat hoodie kat kepala...Pin kan jarum di atas bahu dan juga kepala (optional)...Adjust sampai puas hati..


Akhirnya dah siap!! Ready to go out! :-)

Pandangan tudung Delisha dari sisi...




Saya harap tutorial ni dapat membantu uols...Selamat Mencuba dan Berjaya!!

Tuesday, 8 January 2013

Contact Lens

Dah jadi trend ramai yang pakai kanta lengkap ni walaupun xda kecacatan mata..termasuklah saya..Pakai mengikut had waktu yang ditetapkan...saya pakai 2-3jam saja...kalo lebih drp tu, mata mula rasa pedih dan berair..

Kena rajin bersihkan lens ni...tukar air solution dlm bekas lens setiap minggu...jangan kedekut air solution...murah je pun...beli kat Watsons time promosi sure murah harganya...Baru-baru ni saya beli solution kat kedai cermin mata, RM26.90..promosi value pack..2 botol besar dan percuma satu botol kecil mcm gmbr di bawah ni..hehe..


Saya x berani nak bersihkan lens kat dalam bilik air..takut terjatuh...jadi saya bersihkan di dalam bilik je...bahan-bahan yg diperlukan ialah bekas kosong, solution dan lens..Ehh saya bukan nak buat tutorial bersihkan lens...hehe..am sure you r already knew how to do that...:-)



Ni lens yg paling saya suka...Cherry 3 Tones (Grey)..saiz 16mm..ok la, sedang2 saja...




Yang ni pulak Natural 3 Tones (Green)...saiz 14.7mm..sama besar dgn anak mata saya...jdi x nmpak sgt pakai lens..jdi cm mata Angelina Jolie...cantikkkkkkkk!!!


******************************************************************


Lens yg saya pakai ni Cherry 3Tones (Grey)...Tanpa gunakan flash kamera...:-)

Sekian, terima kasih!!

Bakal jadi makcik

Alhamdulillah...
Penghujung tahun 2012, kami sekeluarga dikhabarkan berita gembira oleh abang sulungku...Kakak iparku hamil anak pertama...Alhamdulillah, syukur dan gembira sgt2...Rezeki dari Allah, tidak siapa dapat menduga..TAHNIAH!!

 En.Wan Mohd Hisyam & Pn. Nik Ashikin

Tudung Delisha Radiusite

First time dlm hidup pakai tudung warna merah jambu...Tak pernah ada dalam koleksi.
Tudung ni merupakan hadiah konvokesyen drp kakak ipar saya...Terima kasih kak...Pink pun pink laa..hehe
Agak susah nak pakai tudung ni sbb bentuk dia lain skit...bkn square, bkn rectangle...

Pink Delisha by Radiusite :-)


TAAAAPI apa yg best, tudung ni disertakan sekali dgn inner neck...fabrik tudung ni pun x nipis...kat inner tu dah ada butang di kedua-kedua belah telinga...Jadi sangkut saja tudung tu kat butang inner tu...pastu pandai2 laa belit...makan masa gak laa nak menjadi tu...Ada juga tgk tutorial staff Radiusite tu buat, tapi macam x masuk lak ngan btk muka saya ni...

Jadi inilah hasil belitan yang saya reka sendiri...


Not bad, huh? :-)

Janggut lelaki

Berjanggutlah wahai lelaki...

Selamat Hari Tua...

08 Januari 2013...

Hari Kelahiran dua org sahabat saya...Sem & Din...mereka ni rakan sekelas saya semasa di Ting.6 dulu..dalam kelas kami ada 2, 3 orang yang mempunyai tarikh lahir yang sama...wahhhhh pe lagi kan, jadi bahan la..dia tu couple ngan dia ni...dia ni couple ngan dia tu...kui3..Tapi Sem & Din x jadi couple pun...jadi best friends...walaupun dah lama hbs sekolah dan masing2 bawa hala tuju, kami tetap berhubungan..fesbuk kan ada...:-)


Haa..ni la Sem...Graduan Universiti Msia Sabah...Masih single lae yer!!



Dan ini pula Din...Ketua Tingkatan kelas kami dulu2...
Juga masih single..Keja dah stabil dah~



Selamat Hari Tua Yang Ke-25..Semoga dirahmati Allah selalu...Diharap tahun 2013 ni membawa pelbagai manfaat kpd kalian berdua...Seperti biasa, tahun ni xda hadiah utk korang..hahahah!!!

Cikgu vs Mak Andam

Saya suka sesuatu yang cantik, menarik, kemas dan bersih.
Saya x terer macam mak andam yang lain..tapi oleh kerana saya minat dlm hal-hal solekan, saya "try and error" sendiri...belajar sendiri tidak kira di mana dan dengan siapa...

Ni antara hasil solekan saya ke atas pengantin...ala kawan2 lama je punnnnnn...Terima Kasih kerana mempercayai hasil tangan sahabatmu ini...hehe...

Cikgu Liyana...cikgu fizik ni..lemah lembut je...

Hidayu...kawan sekolah menengah..sama2 nakal..hehe